Dalam kemenangan BN, Najib hadapi cabaran dua Malaysia

Kekalahan PAS di Kedah melegakan buat Azizan Razak
Kekalahan PAS di Kedah melegakan buat Azizan Razak

By Leslie Lau
Pengarang Eksekutif

ANALISIS, 6 Mei — Datuk Seri Najib Razak pagi ini mengenalpasti cabaran yang dihadapi selepas kemenangan tipis Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) — kesepaduan rakyat dalam sebuah negara yang telah berpecah pendiriannya.

Namun satu analisa mengenai taburan undi menunjukkan bahawa sebuah negara yang mempunyai jurang antara desa-kota dan kelas bermaksud sebarang usaha kesepaduan rakyat adalah lebih sukar untuk dijalankan.

Perlunya untuk tidak lagi menggunakan polisi Bumiputera serta memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) — dua langkah penting bagi menjadikan Malaysia lebih berdayamaju serta mengangkatnya keluar dari perangkap kelas pertengahan — dilihat sebagai lebih sukar kerana terdapat tentangan antara dua realiti Malaysia yang telah muncul selepas PRU13 ini.

Najib kini berhadapan dengan masyarakat umum yang dikatakan lebih berminat dengan duit mudah dan pemberian kerajaan, dan dalam memenangi PRU13, beliau seolah telah memberi janji kerajaan pimpinannya akan terus mengamalkan polisi berkenaan.

Rasuah juga kekal sebagai satu cabaran besar buat Najib, dengan kekalahan undi popular meninggalkan beliau dengan satu jalan yang sukar dikemudi.

Analisa awal pagi ini mengenai keputusan PRU13 menunjukkan BN telah menang berkat sokongan pengundi Melayu di kawasan desa serta pengundi Umno yang ingin memastikan polisi sedia ada terus dijalankan, yang dikatakan pakar analisis lebih menguntungkan golongan elit yang dikaitkan dengan parti tersebut.

Namun Pakatan Rakyat (PR) kelihatannya telah menang undi popular yang menunjukkan sokongan terhadap kempen mereka yang menolak rasuah serta kecenderungan kerajaan BN untuk memberikan kontrak bernilai jutaan ringgit kepada penyokong UMNO yang dikatakan tidak menguntungkan rakyat terutama golongan pertengahan dan golongan kelas pekerja Melayu.

Najib juga mencadangkan satu “tsunami Cina” berlaku, menyaksikan lebih banyak kawasan BN tumbang kepada pembangkang, namun telah dinasihkat supaya turut memberi perhatian kepada perubahan di kalangan pengundi Melayu, terutama dari golongan pertengahan yang semakin berkembang selain golongan kelas pekerja kota yang tidak lagi mudah dimomokkan dengan retorik politik BN.

“Ketidaksamarataan antara kaum adalah sangat tinggi. Ada banyak ketidaksamaan peluang (kepada hak ekonomi) yang dimonopoli hanya sebahagian rakyat,” kata Meredith Weiss, seorang profesor madya di State University of New York memberitahu Financial Times pagi ini.

“Trend terbaru menunjukkan kepentingan sekarang adalah ditentukan oleh kelas sosioekonomi dan bukan lagi bangsa,” tambahnya lagi.

Walaupun undi dari pengundi Cina jelas menunjukkan sokongan lebih besar kepada pembangkang, sokongan undi popular daripada pengundi Melayu terhadapa PR akan menjanjikan keputusan yang lebih mengejutkan.

Pengundian semalam turut menyaksikan pembangkang membuka laluan di kebanyakkan Dewan Undangan Negeri (DUN) – menang 230 kerusi Dun berbanding jumlah kerusi DUN Umno, 275.

Di kerusi bandar Selangor, PR meningkatkan mandat mereka.

Walaupun BN menang di Perak, PR meningkatkan majoriti di Pulau Pinang dan Selangor menunjukkaan golongan kelas menengah dan pengundi bandar meninggalkan BN.

Golongan berhaluan kanan dalam Umno sudah mencuba untuk membentuk naratif PRU13 dengan mencadangkan masyarakat Cina bersikap perkauman dalam corak pengundian mereka, akan tetapi, analisa yang lebih mendalam mengenai keputusan pilihan raya mencadangkan golongan minoriti itu disokong oleh sebahagian besar majoriti Melayu.

Pilihan raya semalam menyaksikan Umno dan BN dimalukan di kawasan bandar Johor, kehilangan Selangor dan Pulau Pinang – tempat dimana mempunyai banyak kawasan bandar dan undi campuran.

PR juga berjaya membuka laluan di Sabah, di kawasan bandar.

Dengan mandat dari konservatif kawasan pedalaman dan elit Umno, soalan penting sekarang adalah bagaimana Najib mahu memberitahu mereka tentang keperluan melakukan reformasi.

Untuk berlaku adil, Najib sememangnya menang pilihan raya ini dengan “mencuri program pembangkang” sepertimana ditulis oleh Financial Times pagi ini dalam analisis keputusan PRU13 mereka.

Beliau mula mengurangkan polisi Bumiputera dan telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Akan tetapi beliau juga membenarkan pemimpin Umno untuk memainkan sentimen ketakutan kaum dan agama, yang bukan sahaja menyebabkan Umno kehilangan undi Cina akan tetapi turut kehilangan undi dari pengundi pelbagai kaum yang melihatnya seperti Umno milik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir secara pragmatiknya mengimbangkan kepentingan Melayu, Cina dan India dengan kaum lain dengan polisi yang dilihat sebagai kompromi dan satu matlamat membangunkan Malaysia.

Sementara beliau boleh berbangga dengan pembangunan ekonomi, Malaysia sekarang ini bukanlah seperti yang Dr Mahathir kenal dulu.

Ia telah berubah, berganjak dari perbezaan kaum kepada perbezaan kelas dan kekayaan.

 

What to Read Next